Skip to main content

Bismillah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Selamat Datang ke laman web rasmi Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti (PSKU), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Laman web ini dibangunkan sebagai satu medium untuk berkongsi maklumat berkaitan perancangan dan aktiviti yang dijalankan oleh PSKU khususnya kepada warga Universiti dan komuniti amnya.

PSKU sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan kemudahan sukan serta kebudayaan kepada pelanggan secara profesional dan berintegriti. Kami turut berusaha mempromosikan pelbagai aktiviti kebudayaan yang dapat memperkukuh warisan dan jati diri bangsa, serta memperkayakan pengalaman kehidupan kampus. Diharap pengguna dapat berkomunikasi dengan mudah serta mendapat perkhidmatan yang efisyen dari PSKU.

Akhir kata, semoga maklumat yang disediakan dalam laman web ini dapat memberi manfaat kepada pengguna ke arah memacu transformasi sukan dan kebudayaan Universiti.

Sekian, terima kasih.

"Ke Arah Kegemilangan Sukan UTHM"

Sr. Dr. Anuar bin Mohd Salleh
Pengarah
Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia