Skip to main content

Soalan Lazim (FAQ)

Dimanakah pejabat Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti
Pejabat Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti terletak bersebelahan Gelanggang Serbaguna, di Bangunan D8.
Bagaimana cara untuk menyertai kelab atau pasukan sukan/kebudayaan di UTHM?
Untuk menyertai pasukan sukan atau kelab kebudayaan UTHM, hubungi En. Hazrin (Sukan) di 07-4537439 atau En. Rosdi (Kebudayaan) di 07-4537489.
Bagaimanakah cara untuk menghantar kertas kerja kepada Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti?
Kertas kerja boleh dihantar ke Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti UTHM secara fizikal ke Pejabat PSKU di Bangunan D8, bersebelahan Gelanggang Serbaguna. Pastikan kertas kerja mengikut format penulisan kertas kerja PSKU, ditandatangani dan mendapat sokongan pihak fakulti atau kelab/persatuan sebelum dihantar.
Bagaimanakah cara untuk membuat tempahan fasiliti dan peralatan di PSKU?
Tempahan fasiliti untuk aktiviti riadah boleh dilakukan melalui sistem STARS UTHM, manakala tempahan fasiliti bagi tujuan aktiviti atau program perlu dibuat melalui surat permohonan kepada Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan Universiti (PSKU) selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh program. Tempahan peralatan juga perlu disertakan dengan surat permohonan kepada Pengarah PSKU.